Tuesday, 5 July 2011

Program Motivasi Bersama Jom Chantique

Salam Buat Semua..

NTH (Nur Training House)  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Team Jom Chantique di atas kesudian team ini menjemput NTH bergabung tenaga bagi memeriahkan Seminar Jom Chantique di  Bangi Kajang.

Sejajar dengan temanya SIHAT  CANTIK ANGGUN DAN BERGAYA sudah pastinya menjadi elemen penting dalam kehendak dan keinginan setiap wanita di dunia ini..

Cuba beritahu siapa yang tak suka cantik ?  Aturannya mudah sahaja.. Belilah barang apa sekalipun kita pasti akan memilih barang yang baik sahaja dan cantik..

Peranan NTH di Jom Chantique adalah sebagai pendorong semangat dalam perkongsian ilmu untuk membina keyakinan diri.. Perubahan itu perlu.. Keyakinan  perlu ada.. Jangan malu untuk bertanya dan belajar sudah pasti kejayaan pasti milik anda.Jadi , harapan NTH agar peserta di JC tersebut sudah mula membuka langkah untuk berubah ke arah yang positif .. lebih yakin dan lebih cantik.. LAKUKAN DEMI DIRI KITA SENDIRI!!


Untuk tatapan pembaca , NTH berikan bebarapa snap yang sempat di ambil sepanjang seminar itu berlangsung!!

Tahniah untuk JOM Chantique!!!


Thursday, 23 June 2011

Salam Berinspirasi Dari Nur Training House

Salam buat semua,

Terima Kasih di atas kesudian jejemari dan bebola  mata  pembaca sekalian menyinggah ke ruangan  
NUR TRAINING HOUSE.Semoga kalian beroleh kerahmatan dari Allah yang Maha Esa.

Wujudnya NUR TRAINING HOUSE menyingkap seribu satu ceritera ragam  manusia, jatuh dan bangun sebuah erti kehidupan , pendefinisian sebenar tentang erti sebuah pengorbanan, kasih sayang  dan juga ikatan persahabatan yang pastinya merungkai setiap satu cerita di dalamnya. 

Ditubuhkan pada 9 May 2011 , nama NUR  TRAINING HOUSE diilhamkan oleh ibunda tercinta Puan Rufiah Aman yang yakin dengan konteks cahaya itu sendiri. Mana tidaknya kata ibu   cahaya itu penyuluh kegelapan, cahaya itu menerangi kehidupan dan banyak lagi ... Semoga apa yang ditakrifkan oleh pendefinisian NUR itu akan memberikan inspirasi dan kekuatan di NUR TRAINING HOUSE

Persahabatan yang telus, kasih sayang yang suci juga membawa kepada penubuhan NUR TRAINING HOUSE . Pengorbanan mereka yang bergelar sahabat sukar untuk di balas, kasih sayang meraka sukar di cari ganti.. Betul kata orang rakan bergelak tawa ramai tapi rakan yang jatuh bangun susah untuk di cari.. Untuk itu ku namakan NUR TRAINING HOUSE  supaya NUR itu akan terus mengingati kita pada setiap detik dan waktu kita bersama.

NUR TRAINING HOUSE ibarat bayi yang baru lahir, Jauh lagi untuk merangkak , bertatih , berjalan dan berlari.. Hadirnya NUR TRAINING HOUSE adalah untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat yang sentiasa menjadi inspirasi demi kecermelangan pembentukan nilai-nilai kemanusiaan yang juga menginspirasikan kejayaan demi kejayaan melalui perkongsian ilmu .


Apalah lah ertinya harapan yang tinggi menggunung andai tiada pengorbanan di dalamnya , apalah lah maksud kejayaan jika tiada  usaha yang di buat dan  apalah ertinya keberkatan jika tiada doa yang di salurkan. Terima kasih ibunda & keluarga , tunang yang tersayang , sahabat -sahabat  yang sejati ..Semoga kita peroleh kejayaan dalam kehidupan ini.. amin..

Ketabahan, kekuatan.keyakinan menginspirasikan kejayaan..