Friday, 10 February 2012

wanita dari kaca mata sang lelaki

Salam kepada semua pembaca,

Percaya atau tak percaya , lelaki dan perempuan ada banyak cabaran dalam komunikasi. Tanpa kita mengetahui  dean memahami sifat-sifat semulajadi wanita dan lelaki , maka timbulah perselisihan faham dan pergaduhan..Di sini ada info sedikit menegenai perbezaan komunikasi lelaki dan perempuan.
Selamat membaca......

1. Apabila perempuan berkata " Kamu tidak mendengar cakap saya"lelaki menjawab "saya tidak mendengar? saya boleh ulang balik percakapan kamu itu."

Maksudnya :
Apabila seorang lelaki berada dalam dunianya , dia dapat merekodkan semua percakapan pasangannya dengan 5%  mindanya sedang mendengar .Lelaki percaya dengan hanya 5%  dari input percakapan dia sudah pun dikira mendengar .Walau bagaimanapun apa yang wanita inginkan ialah  PERHATIAN PENUH DARI LELAKI


2. Apabilan perempuan berkata"saya rasa awak tak ada kat sini , hati awak tak ada kat sini" Lelaki pula menjawab "Apa maksud awak? Tak nampak ke saya nie kat depan mata awak???!!!

Maksudnya:-
mengikut fahaman lelaki jika fizikal nya berada di situ maka pasangannya tidak patut berkata dia tak ada di situ.Namun wanita pula  merasakan ketidakhadiran mindanya  dan itulah sebenarnya yang di maksudkan.

3. Apabila wanita berkata " awak dah tak sayang saya lagi"Lelaki pula akan menjawab "sudah tentu sya sayang kan awak kalau tak buat apa saya nak setelkan masalah ini"!!!

Maksudnya :-

Sebenarnya lelaki nie sibuk fikir cara macam mana nak setelkan masalah dan keadaan ini mempengaruhi perasaan pasanganya .. wanita nie bukan apa pun .. mereka cuma mendambakan kasih sayang secara langsung dari lelaki..

4.Kalau si isteri cakap "saya rasa saya nie dah tak penting untuk awak agaknya".....sang suami pula akan menjawab "janganlah mengarut..sudah tentu awak penting kalau tak  buat apa saya kawen nagan awak"


Maksudnya :

Si suami merasakan  perasaan si isteri tue salah kerana dia sedang berusaha setelkan probelm yang memberikan kesan kepada si isteri.Si suami yang sangat asyik fokus keapada satu2 masalah samapai tidak menghiraukan  masalah yang dihadapi oleh si isteri..sampailah isteri tu merajuk dan berkecil hati....


5.Kalau si isteri berkata "abang nie tak ada perasaaan lah..Fikiran tu melayang jauh kat tempat lain..."si suami kata "kalau abang tak fikir macam mana nak setel masalah nie "


Maksudnya:-

sikap wanita yang suka mendesak dan didesak di kritik  menyebabkan lelaki rasa tak dihargai..lelaki nie tak faham hati seorang wanita dan kaum lelaki ni tak sedar yang mereka boley berubah dari seorang penyayang kepada dingin dan tidak responsif.

 
.

No comments:

Post a Comment